Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 155 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

101  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1959.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Abu Thalhah menyuruh ku mendatangi Rasulullah saw. untuk mengundang beliau makan ke rumahnya, dan Abu Thalhah telah menyediakan hidangan. Lalu aku pergi mengundang beliau. Ku dapati beliau sedang bersama-sama orang ramai. Beliau menengok kepada ku sehingga aku malu kerananya. Lalu kataku, "Abu Thalhah mengundang Anda makan ke rumahnya, sudilah Anda memperkenankan!" Maka berkata beliau kepada orang ramai, "Berdirilah semuanya!" Kata Abu Thalhah, "Ya, Rasulullah! Aku hanya menyediakan makanan untuk Anda seorang." Lalu beliau jamah makanan yang tersedia itu dan mendoakan berkat bagi makanan tersebut. Kemudian beliau berkata, "Suruh masuk kawan-kawan itu sepuluh orang." Kata beliau, "Makanlah Tuan-tuan!" Dari sela-sela jari beliau keluar sesuatu (berupa makanan), maka makanlah mereka sampai kenyang, sesudah itu mereka keluar. Kata beliau. "Suruh masuk sepuluh orang lagi." Mereka makan pula sampai kenyang. Begitulah seterusnya secara bergantian mereka masuk sepuluh orang dan keluar sepuluh orang, sehingga tidak seorang pun yang ketinggalan. Semuanya masuk dan makan sampai kenyang. Kemudian ternyata makanan masih bersisa sebanyak semula."

102  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1954.
Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila suapanmu jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah bahagian yang bersih. Jangan dibiarkan dia dimakan syaitan, dan jangan kamu sapu tanganmu dengan lap sebelum kamu kulum jarimu. Kerana kamu tidak tahu makanan mana yang membawa berkah."

103  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1105.
Dari Rubayyi' binti Mu'awwidz bin 'Afra' r.a., katanya: "Suatu pagi hari 'Asyura, Rasulullah saw. mengirim petugas ke perkampungan orang Ansar yang berada di sekitar Madinah, untuk menyampaikan pengumuman: "Siapa yang puasa sejak pagi hendaklah disempurnakannya puasanya, dan siapa yang tidak puasa hendaklah dia puasa sejak mendengar pengumuman ini. Semenjak itu kami puasa pada hari 'Asyura, dan kami suruh pula anak-anak kecil kami, insya Allah. Kami bawa mereka ke masjid dan kami buatkan mereka main-mainan dari bulu. Apabila ada yang menangis minta makan, kami berikan setelah waktu berbuka tiba."

104  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1458.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Orang-orang jahiliyah mengadakan jual beli daging dengan menjanjikan habali 'l habalah, iaitu apabila anak unta yang dalam kandungan telah lahir, kemudian anak unta itu mengandung pula. Maka Rasulullah saw. melarang mereka melakukan jUal beli seperti itu."

105  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2145.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. pernah berkata: "Pada suatu malam anakku lahir, seorang bayi lelaki, lalu ku beri nama dia dengan nama bapaku, Ibrahim. Kemudian anak itu ku kirim kepada Ummu Saif, isteri seorang pandai besi, bernama Abu Saif, Rasulullah saw. mendatanginya dan aku ikut mengiringkan beliau. Ketika kami sampai di rumah Abu Saif, dia sedang meniup api di bengkelnya sehingga rumah itu penuh dengan asap. Aku berjalan duluan di hadapan Rasulullah saw., lalu ku beritahu Abu Saif. "Hai Abu Saif! Berhentilah! Rasulullah saw. datang!" Maka berhenti dia. Kemudian Nabi saw. menanyakan bayinya, lalu diserahkannya ke pangkuan beliau. Nabi saw. mengucapkan kata-kata sayang apa saja yang diucapkannya. Kata Anas. "Ku lihat bayi itu rela dengan sakit yang diderita, senang dalam pangkuan Rasulullah saw." Maka Rasulullah saw. menangis mengucurkan air mata. Kata beliau. "Air mata boleh mengalir, hati boleh sedih, tetapi kita tidak boleh berkata-kata kecuali yang diredhai Tuhan kita. Demi Allah, wahai Ibrahim, kami sungguh sedih keranamu!"

106  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1812.
Dari 'Abdur Rahman bin 'Abdu Rabbil Ka'bah r.a., katanya: " Aku masuk ke dalam masjid maka terlihat oleh ku 'Abdullah bin Amru bin 'Ash duduk dibawah naungan Kaabah dikelilingi orang ramai. Lalu ku datangi mereka dan duduk ke dekat 'Abdullah. Katanya, "Kami pernah mengadakan suatu perjalanan bersama-sama Rasulullah saw., lalu pada suatu tempat perhentian kami berhenti. Sebahagian kami ada yang memperbaiki tempat tidur, sebahagian lagi berlatih memanah, sebahagian lagi memberi makan haiwan dan sebagainya. Tiba-tiba kedengaran Maudzdzin Rasulullah saw. memanggil kami solat berjemaah, lalu kami berkumpul ke dekat beliau. Beliau bersabda, "Para Nabi sebelum aku bertugas menuntun umatnya kepada kebaikan yang diajarkan Allah kepada mereka dan mengingatkan bahaya yang mengancam mereka. Umat ku yang sempurna dan selamat ialah angkatan pertama-tama. Angkatan sesudah itu akan ditimpa berbagai cubaan berupa hal-hal yang tidak disenanginya, seperti timbulnya fitnah. Di mana-mana sebahagian mereka menghina bahagian yang lain, maka kerana itu timbullah bencana. Orang-orang mukmin berkata, "Inilah kiranya yang membinasakan ku. Setelah hilang suatu bencana timbul pula bencana yang lain. Dan orang mukmin berkata, "Ini....!Ini!" Siapa yang ingin bebas dari neraka mahu masuk ke syurga, hendaklah dia menemui kematiannya dalam beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah dia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat itu. Siapa yang baiat dengan seorang Imam, (pembesar atau penguasa) lalu dia memenuhi janji setianya dengan sepenuh hati, hendaklah dia mematuhi Imam itu sehabis daya. Jika yang lain datang memberontak, penggallah lehernya. Kata ' Abdur Rahman, "Aku lebih mendekat kepada 'Amru, lalu kata ku, aku bertanya kepada Anda dengan nama Allah, apakah Anda mendengar sendiri hadis ini dari Rasulullah saw. Dia menunjuk dengan tangannya ke telinga dan hatinya seraya berkata, " Aku dengar dengan kedua telinga ku, dan ku simpan dalam hatiku." Lalu ku katakan kepadanya, "Ini anak-anak pakcik mu, Mu'awiyah. Dia menyuruh kita memakan harta sesama kita dengan cara yang haram serta membunuh sesama kita. Padahal Allah Ta'ala telah berfirman, "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang haram, kecuali berjual-beli dengan cara suka sama suka sesamamu, dan janganlah kamu membunuh saudara mu (sesama muslim); sesungguhnya Allah Maha sayang kepada mu." Amru diam sebentar kemudian dia berkata, "Patuhilah perintahnya bila sesuai dengan perintah Allah dan langgarlah perintahnya bila melanggar perintah Allah!"

107  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0496.
Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. sedang solat, kami mendengar beliau membaca: "A'udzu billahi minka" (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu). Kemudian beliau membaca pula: "Al'anuka bila'natillah" (tiga kali) (Aku kutuk engkau dengan kutukan Allah) sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerima sesuatu. Ketika telah selesai solat kami bertanya, "Ya, Rasulullah! Tadi dalam solat kami mendengar anda membaca sesuatu yang belum pernah kami dengar anda baca sebelumnya, dan kami lihat anda menjangkaukan tangan anda." Jawab Rasulullah saw., "Tadi musuh Allah iblis datang membawa obor menyala hendak dilemparkannya ke muka ku. Lalu kubaca: ''A'udzu billahi minka." (tiga kali) (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu) (3 X). Kemudian ku baca pula: "Al'anuka bila'natillahit tammah falam yasta'khir" (tiga kali) (Ku kutuk engkau dengan kutukan Allah yang sungguh-sungguh, sehingga engkau celaka seketika) (3 X). Sesudah itu aku bermaksud hendak mengikatnya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana doa saudara kami Sulaiman, tentu dia akan terikat sampai Subuh sehingga anak-anak penduduk di sini dapat mempermain-mainkannya."

108  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0865.
Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa mushibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allhumma ajurni li mushibati, wakhluf li khairan minha." melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik. Ketika Abu Salamah telah meninggal, Ummu Salamah sering bertanya kepada dirinya sendiri, orang muslim manakah lagi yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia orang yang pertama-tama hijrah kepada Rasulullah saw.!" Pertanyaan itu sering diulang-ulangnya. Lalu Allah menukar baginya dengan Rasulullah saw sendiri. Kata Ummu Salamah menceritakan, "Beliau mengutus Hathib bin Abu Balta'ah melamar ku untuk beliau sendiri." Lalu jawab ku, "Bagaimana mungkin, aku telah mempunyai seorang anak perempuan. Dan aku sendiri seorang wanita pencemburu." Jawab beliau, "Anaknya kita doakan kepada Allah, supaya dicukupkan Allah segala kebutuhannya, dan aku mendoakan pula semoga Allah menghilangkan rasa cemburunya itu."

109  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1400.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Anak yang lahir dari hubungan gelap ibunya, menjadi milik orang yang punya tikar (suami ibunya atau majikan ibunya jika ibunya itu sahaya). Sedangkan lelaki yang menzinai ibunya tidak punya hak apa-apa terhadap anak itu."

110  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1610.
Dari Humaid bin 'Abdurrahman al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad, yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka, bahawa Nabi saw. datang mengunjungi Sa'ad ke rumahnya di Mekah, lalu Sa'ad menangis. Nabi saw. bertanya, "Mengapa engkau menangis?" Jawab Sa'ad, "Aku khuatir akan meninggal di negeri (Mekah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi saw. mendoa, "Allahumma isyfi Sa'dan!" (3 X) Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku, "Kalau seperdua?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku lagi, "Kalau sepertiga?" Jawab beliau, "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk keluarga dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."